Sunday, January 17, 2010

Tiada salahnya kita berkongsi, mana tahu kita boleh memberi inspirasi!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Kita mungkin pernah dengar ada kawan kita yang mendapat straight A dalam UPSR, kemudian dalam PMR pun straight A dan SPM pun begitu dan kita rasa hairan.
Jangan hairan dulu.

Kita mungkin ada kawan yang bodoh, penipu, tak pernah sembahyang, dan bukan top scorer dalam peperiksaan, tiba-tiba dia mengubah diri dia ke arah kebaikan dan seterusnya dia dapat masuk university. Walaupun sebelum ni tiada seorang pun pernah fikir yang dia ni akan ke universiti
Jadi saya nak tanya, mana satu yang kita lagi hairan? Kes pertama atau kes yang kedua.
Saya terlebihlah hairan dengan kes yang kedua. Kenapa?

Rakan-rakan,

Bukan senag untuk seseorang mengubah ,berubah dan mencipta. Susah bagi satu individu hendak mengubah habit baik yang jarang dia praktiskan kepada satu habit baik yang selalu dipraktiskan. Lebih susah lagi untuk berubah dari habit buruk dan seterusnya mencipta habit-habit yang baik untuk dia praktiskan.

Anda setuju?

Kerana untuk mengubah ia memerlukan satu mangkin, ‘push’,catalyst atau booster.
The most interesting part is everyone that is reading this note now has the key to unlock the booster, catalyst and etc.

Ya anda mempunyai kunci untuk memangkin perubahan. Kalau anda tidak sedar saya akan cakapa sekali lagi : ANDA MEMPUNYAI KUNCI UNTUK MEMANGKIN PERUBAHAN

Dalam diri anda mahupun dalam diri orang lain.

Kalau tak keberatan saya nak ceritakan satu kisah seorang pelajar. Dia bukan pelajar pandai, bukan seorang yang rajin dan selalu dapat nombor akhir dalam kelas. Dengan environment yang tidak supportive baik dari rakan-rakan mahupun senior tidak memungkin dia untuk berubah.
Tahun berikutnya ada sekumpulan alumni sekolah tersebut datang untuk melawat dan berkongsi pandangan dengan pelajar-pelajar dan termasuklah pelajar yang bermasalah ini.Sepanjang program ini pelajar yang bermasalah ini terasa berguna dan rasanya ingin mencontohi alumni yang melawat sekolah tersebut.

Bermula dari saat itulah sedikit demi sedikit dia berubah memajukan dirinya dalam pelajaran walaupun susah namun dia tabah kerana inspirasi yang telah dia terima dari alumni tersebut. Alhamdulillah dia berjaya ke university.

Rakan-rakan,

Cerita ini cerita sebenar dan motif saya membawa cerita ni kerana saya yakin perlunya Kepada bekas pelajar SEMENDA melawat semenda dan memberi kata-kata semangat kepada junior-junior kita.

Mungkin ada orang kata

“ Aku bukan pelajar cemerlang, peperiksaan pun cukup makan , macam manalah nak suruh orang berubah payah la”

Kata-kata macam ni kena ‘stop’. Kita kene faham realiti yang kita semua sedang berhadapan. Tidak semua orang lahir dengan keupayaan yang sama baik dari segi Intelectual, social, jati-dirinya atau jasmaninya.

Sebab itu antara kita sendiri ada yang pergi belajar di politeknik, ada di university, ada sedang bekerja dan ada yang sudah berkahwin. Semua ni menunjukkan kita semua tidak diberi kelebihan dan kelemahan yang sama. Sebab itu kita berbeza.

Sebab itu kita juga harus sedar, pelajar-pelajar semenda yang ada sekarang ini juga mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza. Mereka yang mempunyai kelemahan dan kelebihan yang berbeza ini keliru apakah halatuju mereka selepas ini.

Maka amat pentinglah bagi kita semua bekas pelajar semenda untuk kembali ke sekolah kalau tak boleh satu hari , dua hari. Kalau tak boleh dua jadikan tiga inshaAllah.

Kitalah yang pernah dulu makan garam apa salahnya kita berkongsi sikit apa yang kita tahu, mana tahu boleh memberi mereka inspirasi dan akhirnya mereka berubah dengan izin Allah!!

Dan terkumpulnya kelebihan dan kelemahan yang berbeza menjadikan kita satu kumpulan yang kuat dan apa yang dibuat lebih terkesan di hati pelajar inshaAllah.

Mungkin ada yang kata nak buat tapi tak ada masa, susahlah dengan kerenah sekolah etc.

Rakan-rakan,

Masa tu sentiasa ada. Susah dan senag tu kan sudah adat dunia. InshaAllah sesuatu niat yang baik itu akan dipermudahkan Allah.

Pengalaman sendiri dengan beberapa alumni semenda awal tahun lepas. Walaupun ada cabaran Alhamdulillah semua diberi kesenangan oleh Allah dalam melaksanakan dan yakinlah pihak sekolah sentiasa membuka luas tangan untuk membantu.

Perkara sebegini mungkin tidak akan berjaya kalau hanya seorang sahaja yang menjalankannya. Tapi jika semua alumni semenda mampu berganding bahu inshaAllah program untuk menaikkan semangat junior-junior kita dapat dilaksanakan.


Jadi marilah sama-sama kita kembali ke sekolah dan berilah junior-junior kita kata-kata semangat dan mana tahu Inspirasi yang ada semua berikan mampu mengubah masa depan mereka.

Akhirnya. Allah sahaja yang mampu memberi hidayah dan kita sebagai hambanya hanya mampu menyampaikan.

Wallahua’alam

No comments:

Post a Comment